|
REDLAND HOLIDAY TRAVEL& TOURS SDN BHD (RHTT), merupakan sebuah syarikat berorientasikan perkhidmatan dan pelancongan. Sebagai syarikat Bumiputra yang telah ditubuhkan pada awal tahun 2007, kepastian dan kepuasan perkhidmatan adalah keutamaan kami.
RHTT adalah anak syarikat milik penuh REDLAND GROUP of COMPANIES BERHAD, yang beroperasi di USJ 1, Subang Jaya, Selangor.
Kakitangan kami adalah terdiri dari yang berpengalaman, pernah berkhidmat dengan beberapa agensi pelancongan dan syarikat penerbangn Malaysia (MAS) hampir 30 tahun. Mereka ini amat memahami kehendak dari masalah yang selalu dihadapi oleh penumpang dan pelanggan dalam menguruskan perkhidmatan pelancongan.
RHTT menyediakan berbagai produk pelancongan dalam negeri dari Semenanjung hingga ke Sabah dan Sarawak, keluar negara diseluruh dunia untuk melawati tempat-tempat menarik termasuk Umrah & Ziarah ke Tanah Suci Makkah dan Madinah.
Menyediakan tiket dari syarikat penerbangan murah Air Asia dan Penerbangan Malaysia (MAS) dan seluruh penerbangan antarabangsa yang berdaftar dengan IATA. Kami juga menyediakan perkhidmatan kereta sewa, perkhidmatan bas pelancongan, hingga ke sewa Jet peribadi dan helicopter.
Matlamat perkhidmatan kami adalah memberi kepuasan pengalaman bercuti berterusan bagi memastikan pelancongan mencapai taraf yang dibanggakan dan sebagai satu sumber pendapatan untuk Negara disamping memperkenalkan Malaysia pada mata dunia dipersada antarabangsa.
|